-->
;

Tuesday 20 November 2018

author photo


Saksikan drama  Lelaki Kiriman Tuhan yang  ditayangkan di Astro Oasis bermula 1 Oktober, setiap hari Isnin pukul 9 malam di Astro Oasis (106) dan Maya HD (135). Menampilkan gandingan baru Remy Ishak dan Mira Filzah sebagai teraju utama. Mereka berdua juga ada bekerjasama dalam Filem Rise: Ini Kalilah dan Sangkar serta bakal berganding lagi dalam Drama Pujaan Hati Kanda.


                                                           
 Novel Lelaki Kiriman Tuhan oleh Umie Nadzimah

Details
Tajuk : Lelaki Kiriman Tuhan
Episod Penuh: 18Episod
Tarikh Tayangan : 1 Oktober 2018
Waktu Siaran : Isnin, 9 malam
Saluran : Slot Raihana (Astro Oasis 106 & Maya HD 135)
Pengarah : Rashid Sibir
Penulis skrip :  Mufid Shuhaimi
Terbitan : Zeel Production Sdn Bhd

Watak Pelakon
Remy Ishak sebagai Iqbal Raid
Mira Filzah sebagai Naira
Harris Anuar sebagai Faris
Isyariana sebagai Zeenat
Uyaina Arshad sebagai Maryam
Kartina Aziz sebagai Umi
Jesse Lim sebagai Ah Seng
PU Azman sebagai Cik Muiz
Rozita Che Wan sebagai Kak Bed
Jasmin Hamid sebagai Datin Maria 

Sinopsis Lelaki Kiriman Tuhan

Drama ini mengisahkan tentang Naira seorang gadis yang garang dan sukar untuk senyum. Dia sukar untuk mempercayai lelaki kerana beranggapan semua lelaki suka mengambil kesempatan dan tidak ikhlas berkawan denngannya. Lelaki yang mengaku mencintainya separuh mati pun akan pergi bila tahu dia banyak tanggung beban hutang keluarga. Nampak sangat tak bersungguh menyayangi dia, tak mahu susah bersama.

Tanggapan Naira terhadap lelaki telah berubah setelah dia berjumpa dengan Iqbal Raid. Iqbal cuba mendekati Naira dengan selalu  mengganggu Naira. Iqbal sebenarnya telah jatuh hati kepada Naira dan melakukan sedemikian untuk tawan hati Naira.  

Raid selalu ada bila Naira susah dan bermasalah. Dia sanggup buat apa saja, berkorban segalanya untuk Naira dan tidak lari seperti lelaki lain. Lama-lama Raid yang miring dan hantu itulah yang Naira rindu. Tidak mahu bercinta sebelum nikah, Naira dan Iqbal bersetuju untuk berkahwin. Tindakkan mereka itu dihalang oleh abang kandung Naira, Mirza.

Musim bulan madu berlalu dengan indah, baru terbongkar satu per satu rahsia Raid yang penuh misteri. Ketika itu, bolehkah Naira menerima Raid seadanya? Apakah kesudahan rumahtangga mereka? Terus bahagia atau sebaliknya?

Siapakah Iqbal Raid sebenarnya? Manusia biasa, hantu atau manusia sebaik malaikat? Mari sama-sama kita saksikan kisah mereka.

Gambar Pelakon






This post have 0 coment rios


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post