-->
;

Sunday 30 December 2018

author photo

Details
Tajuk : Hujan Manik
Tarikh Tayangan : 31 Disember 2018
Waktu Siaran :  Isnin, 9:00 malam
Saluran : Slot Panggung TV1 (RTM)
Pengarah : Hisyamudian Ahmad
Terbitan : Unit Drama TV RTM

Watak Pelakon
Muhammad Raif Irfan Razali, Mohammad Hariry Abdul Jalil, Fauziah Nawi, Rominah Sedik, Irfan Rajali, Hairy Jalil, Eyza Aryza, Elaine Aidid, Reen Rahim, Kamarool Hj Yusof, Ken Ridzuan, Amai Kamaruddin

Sinopsis Hujan Manik

Cerita ini mengisahkan tentang adik-beradik Kalsom dan Samiah yang terpisah sejak kecil berikutan serangan Komunis semasa era darurat tetapi, akhinya mereka bertemu semula. Kalsom mempunyai seorang cucu iaitu Bayu yang tidak suka pergi ke sekolah akibat permasalahan yang berlaku di rumahnya. Nodin, ayah kepada Bayu yang tidak memberi perhatian sepenuhnya kepada anaknya selepas kehilangan isteri tercinta. 

Kalsom cuba untuk memberi kasih sayang kepada cucunya, namun ianya belum cukup untuk Bayu menjalani kehidupan normal seperti anak-anak yang lain. Sebagai anak dia mengharapkan perhatian lebih daripada ayahnya apatah lagi dia membesar tanpa belaian seorang ibu.

Cikgu Wati sangat perihatin dengan muridnya dan cuba untuk membantu Bayu. Dengan bantuan muridnya, Balqis dan Sofea yang datang dari bandar, dia lalu merancang untuk mengaturkan kempen pembelajaran yang mampu menarik minat pelajar yang bermasalah hadir ke sekolah.

Secara kebetulan Balqis merupakan cucu kepada Samiah yang telah lama terpisah dengan adiknya, Kalsom. Pertemuan Balqis dan Kalsom semasa kehilangan Bayu membongkar rahsia pertemuan melalui gelang yang dipakai oleh Balqis hasil pemberian daripada Samiah sebelum Balqis berangkat ke kampung.

Adakah pertemuan Samiah dan Kalsom mampu mengubah perilaku Bayu dan memberi impak yang besar kepada cara Bayu membesar?

Trailer
Credit: @TV1 RTM

Gambar Poster

This post have 0 coment rios


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post