-->
;

Wednesday 16 January 2019

author photo

Jangan lupa untuk menonton Drama adaptasi novel Setelah Cinta Itu Pergi yang bakal disiarkan di slot Samarinda TV3. Dibintangi oleh Fahrin Ahmad, Nina Iskandar, Julia Farhana Marin, Azrel Ismail, Shah Jaszle dan ramai lagi. Drama  arahan Heykal Hanifah bersiaran sebanyak 20 episod.

Novel Setelah Cinta Itu Pergi karya East Diani

Details

Tajuk : Setelah Cinta Itu Pergi
Episod Penuh: 20 Episod
Tarikh Tayangan : 17 Januari 2019
Waktu Siaran : Isnin-Rabu, 10:00 malam
Saluran : Slot Samarinda TV3
Pengarah : Heykal Hanifah
Terbitan : Zamriez Golden Picture Sdn Bhd

WATAK PELAKON
Fahrin Ahmad sebagai Ikram
Nina Iskandar sebagai Marina
Julia Farhana Marin sebagai Insyirah
Shah Jaszle sebagai Muiz Lukman
Azrel Ismail sebagai Adam
Fizo Omar
Faye Kusairi

Sinopsis Setelah Cinta Itu Pergi

Drama ini mengisahkan tentang Marina yang sudah berkahwin dengan cinta hatinya Ikram. Pasangan ini masih lagi tidak dikurniakan anak walaupun telah lama membina rumah tangga. Pasangan ini diuji setelah kehadiran Insyirah dan anak kecilnya. Insyirah cuba memisahkan Ikram daripada Marina  dengan pelbagai cara. Hati Marina remuk kala dia dipersalahkan oleh suami tercinta. Kerana cemburu buta Ikram, kesetiaan Marina diragui, Ikram bertindak menceraikan isterinya itu.

Bertapa remuknya hati Marina, lalu dia pergi membawa diri meninggalkan ikram. Disangka kasih itu berpanjangan, rupanya hanya satu persinggahan. Tidak ditoleh ke belakang lagi. Perjalanan harus diteruskan, demi mencari penawar duka di hati. Namun satu per satu kehilangan menghimpit diri. Rasa kehilangan orang yang disayangi, amat memeritkan jiwa Marina.

Tidak lama kemudian, barulah Ikram sedar perbuatannya itu adalah salah dan menyesal. Dia cuba untuk memiliki hati Marina semula namun dihalangi keluarga. Mereka cukup rasa terhina dengan tindakan Ikram terhadap Marina. Kerana tidak mahu Marina hidup dibebani kisah lalu, keluarganya telah menentukan jodoh untuknya.

Marina diperkenalkan dengan Adam dan mereka bertunang. Adam cuba mengubati hati Marina yang masih lagi duka. Ingin menjadi penyelamat kerakusan hatinya yang sengsara. Adakah kehadiran Adam mampu untuk Marina melupakan kisah lalu?

Apakah cinta di hati Marina akan terus pergi hilang selamanya? Sampai bilakah pintu hati itu akan terkunci? Perlukah dia melupakan kebahagiaan yang hadir di depan mata begitu sahaja?  Atau adakah kasih Marina masih kuat terhadap Ikram? Siapakah yang akan menjadi pilihan Marina setelah cinta itu pergi?

Gambar Pelakon







Video Promo Setelah Cinta Itu Pergi

This post have 0 coment rios


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post