-->
;

Thursday 22 November 2018

author photo

Sebelum ini , Filem Polis Evo 2 telah terpalit dengan kontroversi yang mengatakan bahawa terdapat unsur burukkan imej Islam. Namun begitu kontroversi itu tidak menghalang filem "Polis Evo 2" untuk mencatat sejarahnya yang tersendiri.

Astro Shaw dalam satu kenyataan mengatakan bahawa Polis Evo 2 sudah berjaya mengutip RM3.5 juta pada hari pembukaan. Jumlah itu mencetuskan fenomena buat karya sutradara Joel Soh dan Andre Chiew dalam industri perfileman tempatan dengan rekod kutipan tertinggi tahun ini.

Ia mungkin dibantu review hebat daripada penonton yang rata-ratanya menyifatkan ia sebuah filem aksi yang fantastik dan menggemparkan.

Namun, persoalannya, mampukah filem aksi yang dibintangi Shaheizy Sam, Zizan Razak ini mencetus fenomena dalam industri perfileman tempatan dengan kutipan tertinggi tahun ini?

Bagi tahun ini terdapat tiga buah filem yang mencatat kutipan luar biasa iaitu Munafik 2 (43 Juta), Hantu Kak Limah (36 Juta) dan Paskal (30 Juta).

Polis Evo 2 juga dibintangi  Raline Shah, Hasnul Rahmat dan ramai lagi, mula ditayangkan secara rasmi pada Khamis di 146 pawagam di Malaysia dan Brunei.

Filem itu mengisahkan misi pengintipan yang diketuai Inspektor Sani lakonan Zizan dan Inspektor Khai (Shaheizy) di sebuah pulau terpencil di Pantai Timur.

Misi itu berdepan cabaran apabila sekumpulan pengganas menyerang dan menawan pulau berkenaan.


This post have 0 coment rios


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post