-->
;

Saturday 22 December 2018

author photo


Jangan lupa saksikan drama Petua Nenek yang akan disiarkan melalui slot Dahlia TV3. Drama arahan Along Kamaludin ini dilakonkan oleh Adiba Yunus, Raja Afiq, Liza Abdullah, Keena Mentor, Fazli Zainal dan ramai lagi.  Ditayangkan setiap Sabtu dan Ahad, jam 7 malam bermula 22 Disember ini.

Details
Tajuk : Petua Nenek
Episod Penuh: 20 Episod
Tarikh Tayangan : 22 Disember 2018
Waktu Siaran : Sabtu & Ahad, 6.58 petang
Saluran : Slot Dahlia TV3
Pengarah : Along Kamaludin
Terbitan : A.Aida Production Sdn Bhd

WATAK PELAKON
Adiba Yunus sebagai Qaseh Arina
Liza Abdullah sebagai Nek Embun
Raja Afiq sebagai Nash
Jasmine Ashraff sebagai Cikgu Rose
Fazli Zainal sebagai Dato Rafael
Liza Abdullah sebagai Nek Embun
Keena Mentor sebagai Leha

Sinopsis Petua Nenek

Drama ini mengisahkan tentang Qaseh Arina (Adiba Yunus) yang dipelihara oleh neneknya, Nek Embun (Liza Abdullah) sejak kecil lagi. Sebagai seorang Bidan, Nek Embun mengamalkan pelbagai petua untuk tujuan perubatan tradisional. Sejak kecil lagi Qaseh sudah mengikuti Nek Embun menyambut kelahiran bayi dan Qaseh terinspirasi untuk mengikuti jejak langkah neneknya itu. Setiap petua Nek Embun, Qaseh catitkan di dalam buku notanya. Petua-petua Nek Embun dibawa Qaseh sehinggalah dia melanjutkan pelajaran di universiti di Kuala Lumpur. Pelbagai aksi mencuit hati yang dilakukan oleh Qaseh dengan petua-petua Nek Embun sehinggakan dia dikatakan kolot oleh rakan-rakan universiti.

Orang bandar tidak percaya pada petua-petua Qaseh. Tetapi, petua Qaseh berhasil membantu menyelesaikan masalah Nash (Raja Afiq), jejaka kaya dan tampan tetapi mempunyai masalah bau badan. Sejak itu mereka berkawan baik. Pelbagai lagi aksi mencuti hati Qaseh dengan petua-petuanya sehinggakan rakan serumahnya dimasukkan ke hospital kerana alah pada ramuan yang digunakan Qaseh.

Qaseh dimarahi dan dihalau keluar dari rumah sewa mereka. Apakah yang akan terjadi pada Qaseh? Masihkah dia berpegang pada petua-petua Nek Embun?

Gambar Pelakon


Poster Drama

This post have 0 coment rios


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post