-->
;

Thursday 22 August 2019

author photo

Saksikan drama terbaru Cinta Belum Tamat Tempoh yang diadaptasikan dari novel bertajuk sama iaitu Cinta Belum Tamat Tempoh karya Rehal Nuharis yang bakal bersiaran di slot Megadrama Astro Ria. Dibintangi pelakon cantik iaitu Bella Astillah (ex-wife Aliff Aziz) bersama pelakon baru Nafiz Muaz dan ramai lagi. Drama  arahan Jamal Khan ini bakal menemui penonton pada 4 September 2019 menggantikan Drama Sweets Dreams.

Cinta Belum Tamat Tempoh Karya Rehal Nuharis

Details
Tajuk : Drama Cinta Belum Tamat Tempoh
Episod Penuh: 28 Episod
Tarikh Tayangan : 4 September 2019
Waktu Siaran : Isnin-Khamis, 10.00 Malam
Saluran : MegaDrama (Astro Ria) 104 & Ria HD 123
Pengarah : Jamal Khan
Terbitan : MIG Production Sdn Bhd

Watak Pelakon
Nafiz Muaz sebagai Radin
Bella Astillah sebagai Qaisara

Sinopsis Cinta Belum Tamat Tempoh
"Awak lepaskan awak tangkap balik ayam tu,” arahnya sambil jari telunjuk menunjuk ke arah ayam yang dimaksudkan itu.

Qaisara terus tercengang dengan arahan itu. Berkerut dahinya tidak faham bila kesalahan tiba-tiba jatuh di bahunya. Sudahlah dia risaukan rakan kepada adiknya itu lelah atau diserang penyakit, tapi sudahnya dia pula yang dimarahi. Rasa menyesal pula kerana berpaling ke belakang tadi. Kalau dia tahu dibiarkan saja Iman di situ dan dia terus menonong ke rumah dengan hati bahagia.

Dengan wajah bengang diikutkan saja arahan Iman itu. Biar lelaki itu puas hati. Malas dia nak bertekak di depan rumah orang. Saat berjaya mengepung kembali ayam itu, Qaisara dengan rakus mahu membuktikan pada Iman yang dia mampu menangkap ayam itu. Mungkin juga kerana sakit hati mendengar sindiran lelaki itu. .

"Kata orang kampung, takkan tangkap ayam pun tak pandai…” .
Saat di mana tangan Qaisara sudah digawangkan dan langkah diatur pantas, lain pula yang terjadi. Rupanya Iman juga mahu membuktikan perkara yang sama. Menggeletar tubuh Qaisara. Kalau berlaga kepala dia boleh terima lagi. Boleh diurut benjol kepala itu dengan telur supaya surut. Tapi ini dia...


Gambar Pelakon



This post have 0 coment rios


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post