-->
;

Thursday 23 January 2020

author photo


Saksikan Seindah Tujuh Warna Pelangi yang bakal bermula pada 24 Februari ini ditayangkan di slot Akasia TV3. Menampilkan gandingan Aeril Zafrel dan Nabila Razali. Drama bersiri arahan Eoon Shuhaini ini bakal bersiaran sebanyak 28 episod.

Details
Tajuk : Seindah Tujuh Warna Pelangi
Episod Penuh: 28 Episod
Tarikh Tayangan : 24 Februari 2020
Waktu Siaran :  Isnin-Jumaat, 7:00 malam
Saluran : Slot Akasia TV3
Pengarah : Eoon Shuhaini
Terbitan : Saphire Screen Sdn Bhd

WATAK PELAKON
Aeril Zafrel sebagai Andika
Nabila Razali sebagai Aira
Hun Haqeem sebagai Arjuna
Raja Afiq sebagai Reyhan
Aidil Aziz sebagai Yazid
Elly Mazlein sebagai Mariam
Wanna Ali sebagai Zara
Wanns Ahmad sebagai Ikandar

Sinopsis Drama Seindah Tujuh Warna Pelangi

Drama ini mengisahkan tentang Andika dan Aira yang merupakan sepupu dam mereka telah berkahwin. Perkahwinan mereka bukanlah atas dasar percintaan semata kerana  Andika mengunakan perkahwinan untuk mendapat harta bahagian Aira yang diwarisi daripada datuk mereka namun tidak bagi Aira yang sangat mengasihi Andika. Tidak lama kemudian mereka memutuskan ikatan perkahwinan. Disebabkan hatinya sangat terluka, Aira pergi membawa diri, meninggalkan keluarga dan anaknya Sofia.

Tiga tahun kemudian, Aira Tihani kembali ke kampung untuk menyambut majlis pernikahan abangnya, Reyhan yang bakal dilangsung tidak lama lagi. Pertemuan semula dengan ahli keluarga serta anak yang telah ditinggalkan merubat segala kerinduan kecuali pertemuan semula dengan bekas suaminya, Andika Iman. Kepulangannya itu menggamit semula kenangan yang cuba dilupakan.

Andika sebenarnya sudah insaf dan mengakui yang dirinya menjadi punca keruntuhan rumahtangga mereka. Andika membuang rasa ego dan kembali memujuk. Sayangnya, Aira sudah tawar hati untuk kembali bersama Andika.

Sehingga satu tragedi berlaku kepada Aira yang mengakibatkan dia mengalami hilang ingatan. Andika menggunakan peluang itu untuk mendapatkan Aira semula.

Gambar Pelakon



This post have 0 coment rios


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post