-->
;

Friday 10 January 2020

author photo

Saksikan drama terbaru yang diadaptasikan daripada Novel Tolong Sempurnakan Cerita Mami karya Syamnuriezmil yang yang bakal bersiaran di slot Megadrama Astro Ria. Drama  arahan Eyra Rahman ini bakal menemui penonton pada 13 Januari 2020 menggantikan Drama Pengantin Lelaki Untuk Cik Gadis.

Novel Tolong Sempurnakan Cerita Mami karya Syamnuriezmil

Details
Tajuk : Tolong Sempurnakan Cerita Mami
Episod Penuh: 16 Episod
Tarikh Tayangan : 13 Januari 2020
Waktu Siaran : Isnin-Khamis, 10.00 Malam
Saluran : MegaDrama (Astro Ria) 104 & Ria HD 123
Pengarah : Eyra Rahman
Terbitan : Dear Creative Media

Watak Pelakon
Fatimah Noryyah sebagai Deena
Isyariana sebagai Razean Safiya
Fizz Fairuz sebagai Aun Adwa
Alvin Chong sebagai Harez
Ummi Umairah sebagai Mikaela
Ken Ridzuan sebagai Mirza
Nasz Sally sebagai Hani
Azizah Mahzan sebagai Auni
Eleena Sui sebagai Bella

Sinopsis Tolong Sempurnakan Cerita Mami

Drama ini mengisahkan tentang seorang kanak-kanak yang bernama Adeena Aurell (Addie) yang hidupnya tidak sebahagia orang lain kerana orang tuanya telah bercerai. Addie yang berusia sepuluh tahun merupakan anak tunggal kepada Razean Safiya dan Aun Adwa. Selepas papa dan maminya berpisah, Addie sering berpindah-randah seperti orang nomad. Addie yang mahu hidupnya kembali normal mula membuat rancangan untuk satukan mami dan papanya semula. Namun apa yang dirancang Addie tidak menjadi kenyataan.

Muncul Ku Harez Harith yang dipanggil Cikgu Ku yang mengetahui lebih banyak tentang dirinya sewaktu kecil. Cikgu Ku rupa-rupanya adalah kawan baik mama papa dan dia sempat menjaga Addie selama empat tahun di London tetapi terputus hubungan sewaktu Addie pulang ke Malaysia.

Pelik kenapa hubungan yang begitu erat itu terputus telah membawa Addie terjerumus dalam rancangan papanya untuk menyatukan mami dengan Cikgu Ku.


Gambar Pelakon



This post have 0 coment rios


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post