-->
;

Sunday 12 March 2017

author photo



Jika disedut Mat Dan pastinya akan mengingatkan kita dengan seorang jejaka Inggeris yang sangat petah bertutur menggunakan loghat Terengganu. Hari ini kecoh di laman sosial apabila terdapat berita tentang Mat Dan atau nama Islamnya, Kareef Daniel Abdullah yang sudah bernikah. Lebih mengejutkan apabila beliau telah berkahwin dengan seorang gadis Melayu di Bukit Chendering, Kuala Terengganu.

Bebeapa keping gambar Mat Dan dan pasangannya sewaktu Majlis perkahwinan dan pertunangan telah tersebar dan menjadi viral. Mat Dan yang kini bergelar selebriti selepas menjadi hos program Mat Dan Kaki Jalan difahamkan bertunang pada siang hari dan bernikah pada petang hari yang sama.

Satu daripada gambar viral itu menunjukkan ibu Mat Dan menyarungkan cincin ke jari tunangnya yang anggun berbaju kurung moden berwarna ungu.

Menurut laporan BH Online, anak jati kelahiran Bristol, England itu selamat melangsungkan pertunangan kira-kira jam 10 pagi tadi.

Terdapat juga gambar menunjukkan Mat Dan lengkap berbaju melayu berwarna krim dipercayai dipakai ketika upacara akada nikah yang dilakukan sebentar tadi.

Buat masa sekarang, identiti pasangan Mat Dan masih belum didedahkan atas permintaan keluarga yang mahu menjaga privasi masing-masing.

Tahniah diucapkan buat Mat Dan dan pasangan, semoga perkahwinan kalian bahagia hingga ke Jannah


This post have 0 coment rios


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post