-->
;

Saturday 11 March 2017

author photo



Selepas mencipta fenomena dalam Drama Suri Hati Mr Pilot, Neelofa dikatakan akan kembali berlakon bersama Fattah Amin dalam drama bersiri terbaru yang berjudul Hero Seorang Cinderella.

Pelakon dan pengacara tersebut sudahpun memaklumkan kepada pihak Astro, pengarah Michael Ang dan tenaga produksi yang beliau sah akan menggalas tugas sebagai pelakon utama dalam drama berkenaan.

Namun begitu atas sebab-sebab tertentu, Neelofa mengesahkan yang beliau tidak dapat meneruskan hasratnya untuk membintangi drama Hero Seorang Cinderella.

Neelofa berkata dia sebenarnya mahu sangat berlakon dalam drama HSC itu, malah awal-awal telah menyatakan persetujuan namun atas sebab tertentu, dia terpaksa mengalah dan tidak dapat meneruskan hasratnya itu.

Neelofa terus mengunci mulut dan tidak menjelaskan dengan lebih lanjut apabila ditanya oleh pihak Astro Gempak.

"Saya tak boleh beritahu. Kalau nak tahu apakah sebabnya, kena tunggu pihak stesen atau tenaga produksi sendiri untuk memberikan penjelasan," katanya.

Novel Hero Seorang Cinderella Karya Anjell

This post have 0 coment rios


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post