-->
;

Thursday 9 January 2020

author photo
Jangan lupa tengok telefilem Tolong Saya Encik Dinosaur lakonan Syafiq Kyle dan Liyana Jasmay ekslusif di Astro Citra pada Sabtu ini pukul 9 malam hanya di slot Citra Exclusive.

Details
Tajuk : Tolong Saya Encik Dinosaur
Tarikh Tayangan : 11 Januari 2020
Waktu Siaran : Sabtu, 9:00 malam
Siaran TV : Astro Citra 131 & Citra HD 126
Penulis Skrip : Nadia Khan
Terbitan : Mermaid Studios

Sinopsis Tolong Saya Encik Dinosaur

Telefilem ini mengisahkan tentang Elli (Liyana Jasmay) yang baru pindah ke suatu tempat dan mencari kerja di sana. Dia bertanyakan tentang kerja kosong di sebuah kedai buku, nasibnya baik kerana tuan kedai tersebut sedang mencari pekerja. Elli diterima bekerja di sana.

Kai (Syafiq Kyle) merupakan pemuda yang bekerja di gerai makan berdekatan dengan kedai buku di mana Elli bekerja. Kai selalu memerhatikan Elli dari tempat kerjanya lalu jatuh cinta pandang pertama. Kai cuba mendekati Elli namun tidak dilayan sama sekali.

Elli selalu dalam keadaan bersedih kerana sering memikirkan tentang ibunya yang telah meninggal dunia. Dapatkah Kai mendekati Elli dan seterusnya mengubah hidup Elli menjadi lebih bahagia?

Gambar Pelakon



This post have 0 coment rios


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post