-->
;

Thursday 8 August 2019

author photo

Nantikan drama terbaru bertajuk Setelah Ku Dimiliki yang akan disiarkan di slot Akasia TV3. Pelakon popular Zul Ariffin akan bergandingan dengan dua heroin iaitu  Tiz Zaqyah sebagai Sarlina dan Intan Najuwa sebagai Sarrafia. Drama 28 episod ini bakal diarahkan pengarah popular iaitu Osman Ali dan mula menjalani sesi  penggambaran pada Ogos ini dan menemui penonton pada tarikh yang belum diumumkan lagi. Sama-sama kita nantikan drama ini ditayangkan di kaca tv nanti.



Novel Setelah Kudimiliki karya Zaza Qry

Details
Tajuk : Setelah Ku Dimiliki
Episod Penuh: 28
Tarikh Tayangan : 29 Oktober 2019
Waktu Siaran : Isnin-Jumaat, 7:00 malam
Saluran : Slot Akasia TV3
Pengarah : Osman Ali
Penulis Novel : Zaza Qry
Penulis Skrip : Rehal Nuharis
Terbitan : Nuansa Sdn Bhd

WATAK PELAKON
Zul Ariffin sebagai Adriz
Intan Najuwa sebagai Sarrafia
Tiz Zaqyah sebagai Sarlina
Fahmy Reza sebagai Haqif
Rahim Omar sebagai Encik Rahimin
Syifa Melvin
Aleza Shadan
Hilal Azman
Zaki Azeman

Sinopsis Setelah Ku Dimiliki

Drama ini mengisahkan tentang Sarrafia yang bersama umminya bekerja di Rumah Azirah iaitu pusat perlindungan untuk wanita yang bernasib malang. Di sana Sarrafia bekerja bersama Noh, Kak Da dan Haqif.

Setelah setahun terlantar koma, Adriz kemudiannya sedar. Namun Adriz tidak lagi mengingati kehidupan lamanya. Adriz pernah bertunang sebelum koma. Dia mengambil keputusan untuk memutuskan pertunangannya sengan alasan tidak lagi mengenali tunangnya. Sebelum ini Adriz merupakan seorang yang liar dan suka berfoya-foya. Setelah sedar daripada koma, perangai Adriz berubah jauh berbeza daripada sebelum ini.

Bagi menenangkan hati Adriz, Encik Rahimin ayah kepada Adriz membawa anaknya ke Rumah Azirah. Adriz baru tahu bahawa ayahnya itu memiliki satu tempat yang dikenali Rumah Azirah sempena nama maknya. Di sana dia diperkenalkan oleh ayahnya dengan Sarrafia. Sangat mengejutkan buat Sarrafia selepas kali pertama diperkenalkan dengan lelaki yang bernama Adriz itu.
Lebih mengejutkan Adriz seperti tidak mengenalinya meskipun sudah melihat wajahnya.

Adriz telah membuat keputusan untuk menguruskan Rumah Azirah kerana mahu meringankan beban ayahnya yang sibuk menguruskan perniagaan lain. Adriz cuba mendekati Sarrafia namun wanita itu sering mengelak daripada bertemu dengannya. Adriz berasa sangat hairan dengan tingkah laku Sarrafia. Apakah hubungan antara mereka berdua sebenarnya? Apakah yang terjadi di antara Adriz dan Sarrafia sebelum ini? jagan lupa saksikan drama ini.

Gambar Pelakon Setelah Kudimiliki





This post have 0 coment rios


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post