-->
;

Monday 20 February 2017

author photo



Program yang sangat dinantikan oleh semua orang iaitu Maharaja Lawak Mega bakal kembali pada 17 Februari ini. Seramai 15 pelawak bakal berentap bagi musim ini yang mana mereka terdiri daripada peserta Maharaja Lawak Mega, Raja Lawak, Skool Of Lawak dan Lawak Solo.

MLM 2017 kali ini akan membawakan tema “Lanun @ Empayar Lawak” dan sekaligus memasuki musim keenam. Barisan peserta bagimusim baru ini adalah yang terbaik dan para penonton pasti teruja untuk menyaksikan persembahan mereka.

Antara juara yang masih menyertai program ini adalah juara MLM 2014 iaitu Zero dan Juara MLM 2016 iaitu Bocey.

Selain itu, beberapa peserta daripada negara seberang Indonesia iaitu kumpulan Abioso (Amin, Sarip & Mamat.) dan peserta solo Dzawin bakal memberikan saingan kepada pelawak negara kita.

15 peserta yang akan berentap adalah kumpulan lawak Zero yang dianggotai oleh Atu, Sharif & Syaiful, Shiro (Ajak & Shahrul), Bocey (Abam, Fad & Achey), Joras (Rahim, Joey, Syuk) dan Mamu (Ajo & Babu).

Selain itu, kumpulan Xoxo yang dianggotai oleh Nice (Achong, Ropie & Tauke), Pistol (Raja Azri & AG Hafiz), Puteh (Mamak & Ali), Hobit ( Amir, Bocil, & Dinn) DAN Masin (Vicha, Mamat, & Jiggy).




Manakala, MLM kali ini akan menampilkan tiga pelawak solo yang akan beraksi ialah Danial, Mat Sabah dan Dzawin.

Seperti musim sebelum ini, Pengacara Dato’ Ac Mizal akan menggalas tugas sebagai hos yang akan menyerikan lagi Maharaja Lawak Mega musim ini. Seramai 4 orang juri tetap akan mengadili para peserta dan mereka yang akan diketahui pada malam pentas Maharaja Lawak Mega 2017 nanti.

MLM masih mengekalkan format yang sama seperti musim sebelum ini iaitu 70 peratus penghakiman daripada juri tetap dan 30 peratus oleh penonton.

Pemenang bagi program ini bakal membawa pulang wang tunai sebanyak RM500,000 beserta trofi manakala naib juara sebanyak RM250,000 beserta trofi.Tempat ketiga pula membawa pulang wang tunai RM150,000 sementara RM50,000 dan RM25,000 bagi tempat keempat dan kelima.

Program ini bakal bersiaran secara langsung di Royal Teater Shah Alam pada setiap Jumaat, pukul 10 malam di Saluran Astro Warna dan Mustika HD menggantikan rancangan Sepahtu Reunion 2016 yang akan berakhir pada Jumaat ini.



This post have 0 coment rios


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post