-->
;

Thursday 2 February 2017

author photo



Tahniah diucapkan kepada Pengacara popular Alif Satar kerana isterinya baru sahaja selamat melahirkan anak yang kedua. Bayi tersebut telah dilahirkan secara normal dengan berat 3.41 kilogram pada jam 6.45 pagi tadi di Pusat Perubatan Pantai.

Alif memaklumkan kepada BH Online bahawa isterinya, Shadila Halid dimasukkan ke Pusat Perubatan Pantai, Bangsar sejak Selasa lalu. Kini anak dan isterinya itu dalam keadaan baik dan sihat walafiat.

Puteri kedua itu diberi nama Ariana Mecca setelah mencapai sepakat dengan isterinya. Ariana bermaksud penuh kehidupannya.

Mecca pula kerana saya dan isteri menunaikan umrah sebelum ini dan terdetik nama Mecca (Makkah) bagi melengkapinya”

Alif juga menjelaskan bahawa Doktor Idora merupakan individu yang menyambut kelahiran anaknya itu dan beliau juga yang berbuat dmikian sewaktu melahirkan anak pertama sebelum ini.

Pada masa yang sama, Alif berkongsi berita gembira tersebut di laman instagramnya dengan memuat naik gambar beliau bersama bayi barunya itu dengan kapsyen  "alhamdulillah.. i'm a daddy again!"

Rata-rata peminat begitu teruja melihat wajah bayi comel tersebut sambil mengucapkan tahniah kepada pasangan ini.


A photo posted by Alif Satar (@alifsatar) on 

This post have 0 coment rios


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post