-->
;

Tuesday 10 September 2019

author photo


Nantikan drama terbaru Lelakimu Yang Dulu yang akan disiarkan di slot Akasia TV3. Pelakon handalan Sharnaaz Ahmad & Nelydia Senrose akan bergandingan semula selepas drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta yang sangat popular dan menjadi fenomena suatu ketika dahulu. Drama ini boleh kembali menjadi fenomena kerana para peminat yang amat menantikan drama lakonan semula mereka berdua ini. Drama 28 episod ini bakal diarahkan pengarah popular iaitu Eoon Shuhaini dan mula menjalani sesi  penggambaran pada 15 Julai ini dan menemui penonton pada bulan September 2019 ini.



Novel Lelakimu Yang Dulu karya Farah Darianna

Details
Tajuk : Lelakimu Yang Dulu
Episod Penuh: 28
Tarikh Tayangan : 19 September 2019
Waktu Siaran : Isnin-Jumaat, 7:00 malam
Saluran : Slot Akasia TV3
Pengarah : Eoon Shuhaini
Penulis Novel: Farah Darianna
Terbitan : Mache All Star United Sdn Bhd

WATAK PELAKON
Sharnaaz Ahmad sebagai Hazrul
Nelydia Senrose sebagai Daliya
Redza Rosli
Nadia Brian
Reen Rahim
Ungku Hariz
Afiq Muiz
Ezzaty Abdullah

Sinopsis Lelakimu Yang Dulu

Drama ini mengisahkan tentang pasangan Hazrul dan Daliya yang berkahwin atas dasar percintaan yang kuat. Namun kebahagiaan rumah tangga yang dikecapi mereka tidak terlalu lama apabila diuji dengan suatu musibah.

Daliya sungguh terkejut dan meminta penjelasan daripada Hazrul jika betul dia melakukan perkara tersebut. Namun Hazrul hanya mendiamkan diri tanpa sebarang penjelsan. Daliya pergi membawa hati yang lara.

Pertemuan semula selepas dua tahun membongkar rahsia yang selama ini Daliya simpan. Rupanya, hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang anak lelaki. Nama bayi merka adalah Heidi Isyraf bin Hazrul Izzuddin. Bagi Hazrul, Daliya isteri yang tidak setia. Meninggalkannya saat dia kehilangan segalanya. Hazrul nekad mahu bertemu dengan anaknya yan tidak pernah dilihatnya itu.

"Lepas apa yang you buat, you masih nak mengaku yang Heidi tu anak you?" - Daliya

Daliya bukan lagi perempuan lemah seperti dulu. Dia tak mungkin akur pada kehendak Hazrul yang masih bergelar suaminya. Hazrul pula, bukan lelaki yang mudah mengalah. Demi memulihkan hubungan mereka suami isteri, Hazrul menggunakan anaknya sebagai alasan. Dan kuasa yang dimiliki Hazrul buatkan Daliya tidak punya pilihan.

"I promise, apa yang kita buat ni adalah untuk Heidi. Only for him." - Hazrul

"Tapi tak bermakna kita akan berkongsi bilik yang sama, kan?" - Daliya

"Come on, Daliya. You kembali sebagai isteri I, bukan housemate. So, we're sharing this room." - Hazrul

Setelah apa yang terjadi, apakah tiada sisa cinta di hati mereka? Benarkah segalanya dilakukan hanya kerana si anak?

Gambar Pelakon








This post have 0 coment rios


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post