-->
;

Wednesday 1 February 2017

author photo


Pelakon yang sedang hangat diperkatakan sekarang, Fattah Amin telah melonjak ke satu peringkat apabila muncul dengan single pertama berjudulWanita Terakhir.

Fattah yang mencuba nasib menjadi seorang penyanyi itu mendapat reaksi positif daripada peminat yang rata-rata memuji suaranya itu dan lagu itu juga menjadi top di carta iTunes Malaysia.



Namun, tidak kurangnya komen yang negatif termasuklah teguran yang dibuat penyanyi dan komposer Faizul Sany yang dikaitkan dengan Fattah Amin.

Faizul menjelaskan bahawa teguran itu juga secara tidak sengaja ditujukan kepada pelakon Suri Hati Mr Pilot itu dan beberapa artis lain yang muncul dalam industri muzik.

Faizul menegaskan bahawa dia memberi teguran secara terbuka itu kepada sesiapa artis yang mahu menyertai bidang nyanyian supaya melengkapkan diri dengan pengetahuan yang cukup berkaitan industri muzik.

"Saya menghantar mesej itu kepada sesiapa sahaja dalam industri agar menyiapkan diri dahulu sebelum memasuki bidang nyanyian atau apa-apa bidang lain.

"Ramai pekerja industri yang bekerja secara profesional, mereka ambil masa lama untuk asah bakat mereka sebelum keluar dikhalayak. Jadi tolong persiapkan diri anda dahulu kemudian keluar dan menyanyilah dengan baik,"menjelaskan kepada mStar Online.

Faizul ditanya tentang komennya di laman sosial minggu lalu yang dikatakan menyindir tindakkan Fattah Amin yang tiba-tiba menjadi penyanyi.


Bagaimanapun, Faizul berkata dia tidak memasang niat jahat untuk menjatuhkan kerjaya nyanyian pelakon itu yang baharu ingin bermula.

Faizul hanya ingin membuatkan masyarakat berfikir bahawa sangat sukar untuk bekerja dalam industri muzik ini.

"Saya gunakan hashtag #patah #amin juga sebagai cara agar mesej tersebut sampai kepada netizen, jika sekadar tweet ilmiah tiada siapa yang tertarik untuk baca.

"Saya mahu mereka berfikir kami bekerja dalam industri bukan secara cincai sahaja, ia memerlukan masa yang lama untuk menghasilkan sesuatu yang berkualiti," ujarnya.

This post have 0 coment rios


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post