-->
;

Thursday 2 February 2017

author photo



Ditanya berkenaan kisah cintanya, Raja Afiq mendedahkan bahawa beliau masih terbuka untuk bercinta lagi selepas terkandas dalam hubungan percintaan sebelum ini.

Kisah cintanya bersama pelakon Anis Al-Idrus yang berlaku dalam masa yang singkat itu tidak membuatkan dia beputus asa untuk kembali menjalinkan hubungan istimewa dengan rakan selebriti lagi.

"Saya sentiasa terbuka untuk bercinta dengan sesiapa sahaja. Tak kisahlah jika jodoh saya nanti dengan artis ataupun sesiapa sahaja. Tak perlu serik (bercinta dengan artis) kerana hati budi setiap wanita adalah berbeza," katanya kepada mStar Online.

"Buat masa ini saya masih solo, selesa berkawan dengan semua orang," katanya ringkas.

Raja Afiq dan Anis Al Idrus masing-asing mengaku menjalinkan hubungan cinta pada Julai tahun lalu  namun hubungan tersebut betahan selama tiga bulan sahaja.

Tambah Afiq Raja Afiq, beliau tidak mencari pasangan hidup berdasarkan rupa paras sahaja dan namun katanya haruslah sedap mata memandang.

"Soal rupa tak perlu terlalu cantik, tapi biarlah sedap mata memandang. Tak mengapa kalau orang lain anggap tak cantik asalkan menarik di mata saya," katanya.

Selain itu pelakon drama Sayangku Kapten Mukhriz itu memberitahu bahawa wanita tersebut perlulah memahami kerjayanya sebagai pelakon. Dia juga berkata wanita yang pandai memasak merupakan bonus untuknya

Buat masa sekarang Afiq menjelaskan bahwa dia tidak mahu terburu-buru untuk mencari pasangan hidup.

This post have 0 coment rios


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post