-->
;

Thursday 13 December 2018

author photo

Drama adaptasi novel Opss Terpikat Cik Sombong menampilkan gandingan Shukri Yahaya dan Dayang Areeda. Drama  arahan Khalid Nadzri ini akan ditayangkan pada 10 Disember, setiap hari Isnin dan Selasa, jam 9 malam di Unifi TV: Hyppsensasi Saluran 116.


                                                            Novel Opsss... Terpikat Cik Sombong karya Cici Aida

Details
Tajuk : Opss... Terpikat Cik Sombong
Episod Penuh: 30 Episod
Tarikh Tayangan : 10 Disember 2018
Waktu Siaran : Isnin-Selasa, 9 malam
Saluran : HyppSensasi 116 (Unifi TV)
Pengarah : Khalid Nadzri
Terbitan : Khalida Productions Sdn Bhd

Watak Pelakon
Shukri Yahaya sebagai Hans
Dayang Areeda sebagai Ira Harisya
Nafiez Zaidi sebagai Tengku Reez
Ariff Aziz sebagai Imran
Liza Abdullah sebagai Puan Sri Marlia

Sinopsis Opss Terpikat Cik Sombong
Drama ini mengisahka n tentang Ira Harisya, gadis cantik, manis dan penuh gaya dengan aura memikat. Namun begitu, Ira Harisya benci lelaki yang suka ambil kesempatan pada perempuan cantik sepertinya. Takdir menemukan Ira dengan Zeid Farhans dalam satu insiden yang tidak disengajakan.

Ira Harisya rasa sangat bengang apabila mendapat tahu bahawa Farhans bekerja sebagai pemandu peribadi ayahnya, Tan Sri Rashid. Ingat dia hairan sekalipun depan mata dia tu cucu lanun. Silap besarlah. Berani cuba nak dekat-dekat dengan dia memang merasa jadi punching bag.

“Kenapa kau datang sini, hah? Aku benci tengok muka kau. Kau yang menyebabkan anak aku lumpuh. Keluar!”- Puan Sri Marlia

“Saya akan bertanggungjawab Puan Sri. Saya akan jadikan Ira isteri saya.”- Hans

Berkahwin, bukanlah pilihan terakhir Farhans. Tapi sebagai lelaki yang bertanggungjawab, dia memilih untuk menjaga Ira Harisya. Berbeza dengan Ira Harisya, hanya kesakitan yang dibawa sehingga ke gerbang perkahwinan.

Bila keputusan sudah dibuat Tan Sri Rashid, tiada siapa yang mampu membantah termasuk Ira Harisya. Benci hatinya tidak mampu diungkapkan. Makin terluka bila Farhans menjadi suami. Suami yang tidak dirancang. Namun, bagi Farhans, itulah permatanya. Itulah berlian yang kilauannya sangat mahal. Dia suka Ira Harisya. Selamanya akan suka! Opss…dia sudah terpikat pada cik sombong, Tetapi Ira Harisya, bila dia kata tak suka, bermakna selamanya dia tak akan suka!

Gambar Pelakon


This post have 0 coment rios


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post