-->
;

Wednesday 12 June 2019

author photo


Nantikan drama menarik Bukan Cinta Aku yang akan disiarkan di slot Akasia TV3. Dibintangi oleh Janna Nick, Syafiq Kyle, Baim Wong, dan Mimi Lana. Drama 20 episod arahan Ejump Mohd ini akan menemui penonton pada 5 Jun 2019.

Details
Tajuk : Bukan Cinta Aku
Episod Penuh: 20
Tarikh Tayangan : 5 Jun 2019 - 2 Julai 2019
Waktu Siaran : Isnin-Jumaat, 7:00 malam
Saluran : Slot Akasia TV3
Pengarah : Ejump Mohd
Penulis Skrip: Erma Fatima
Terbitan : Rumah Karya Citra Sdn Bhd

WATAK PELAKON
Janna Nick sebagai Riana (Nur Ariana)
Syafiq Kyle sebagai Tengku Isma
Baim Wong sebagai Arjuna
Mimi Lana sebagai Qisya
Daler Yusuf sebagai Aidil
Eizlan Yusof sebagai Dato Razak
Maria Farida sebagai Datin Raihan
Dini Schatzmann sebagai Remy
Azizah Mahzan sebagai Mak Arjuna
Marisa Yasmin sebagai Tengku Khaleeda
Fizo Omar sebagai Sam
Eyka Farhana sebagai Nida
Paula Verhoevan sebagai Bella
Aishah Azman sebagai Lily
Jay Iswazir seabgai Adi

Sinopsis Bukan Cinta Aku

Riana seorang gadis yang cantik yang belajar merupakan pelajar di sebuah universiti di London. Pada cuti semester dia pergi bercuti di San Francisco bersama keluarganya. Hubungan Riana dengan  kekasihnya Aidil, anak kepada seorang ahli politik tidak terlalu baik malah mereka selalu bergaduh. Riana baru sahaja selesai pengajiannya dan kembali ke pangkuan keluarganya yang menetap di Florence, Italy. 

Disana Riana sering ditemani Arjuna, pemandu peribadi keluarganya. Kata-kata semangat Arjuna memberi kekuatan kepada Riana untuk meneruskan hidupnya tanpa Aidil. Melihat pada ketulusan Arjuna membuatkan Riana suka kepada Arjuna. Memang Arjuna sukakan Riana tapi, Arjuna sedar dirinya hanya seorang pemandu. Dia tahu dirinya tidak layak mendampingi Riana. Rania akhirnya menerima cinta Arjuna dan hubungan mereka semakin rapat. 

Namun begitu, hubungan cintanya dirahsiakan  daripada pengetahuan kedua ibu bapa Rania. Suatu hari, ibu bapa Rania mendapat tahu hubungan antara Rania dan Arjuna. Mereka tersangat kecewa dan marah dan ingin menjodohkan Rania dengan Tengku Isma. 

Sejak perkahwinan itu, Rania tidak begitu gembira. Bagi Riana, cintanya terhadap Arjuna tidak pernah berubah. Dia tidak pernah mengizinkan Tengku Isma menyentuhnya, hinggalah Tengku Isma sudah hilang harapan dan berjanji akan lepaskan Rania sekiranya mereka berjaya menjumpai Arjuna yang sudah lama hilang sejak pernikakahan mereka.

Mereka membuat keputusan untuk meneruskan pencarian ke Lombok, kampung Arjuna. Berjayakah pencarian mereka? Apakah kesudahan kisah cinta tiga segi antara mereka?  Siapakah yang akan menjadi pilihan Rania ?

Gambar Pelakon



This post have 0 coment rios


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post