-->
;

Tuesday 16 July 2019

author photo


Nantikan drama terbaru di TV3 bertajuk Kerana Dia Manusia Biasa. Drama  ini diteraju oleh dua pelakon hebat iaitu Syukri Yahaya dan Emma Maembong. Drama  arahan Idora Abdul Rahman bersiaran sebanyak 15 episod di slot Samarinda TV3 bermula 24 Julai ini.



Details
Tajuk : Kerana Dia Manusia Biasa
Episod Penuh: 15 Episod
Tarikh Tayangan : 24 Julai 2019
Waktu Siaran : Isnin-Khamis, 10:00 malam
Saluran : Slot Samarinda TV3
Pengarah : Idora Abdul Rahman
Terbitan : Global Station Sdn Bhd

WATAK PELAKON
Syukri Yahaya sebagai Tengku Shamil
Emma Maembong sebagai Nurin Aira
Husna Mustaffa sebagai Nur Aisyah Ishak
Sasqia Dahuri sebagai Nora Yasmin
Mimi Ernida sebagai Suraya
Zera Hariz sebagai Najwa

Sinopsis Kerana Dia Manusia Biasa
Drama ini mengisahkan tentang Nurin Aira yang terpaksa menanggung fitnah dan kutukan orang luar dek kerana kesilapan orang lain. Walaupun masih muda lagi, dia dengan rasa tanggungjawab memikul amanah membesarkan Alia. Ditatang Alia dengan penuh kasih sayang yang bukan sedikit. Tengku Shamil Zaquan baru sahaja kehilangan isterinya yang meninggal dunia setelah diragut insan yang tidak berperikemanusiaan.

Pada suatu hari Tengku dan Nurin Aira disatukan dalam satu insiden yang memalukan. Dalam hati, Tengku Shamil tidak pernah terfikir untuk berkahwin lagi setelah perginya arwah isterinya. Nurin Aira dengan redhanya terpaksa berkorban demi menyelamatkan Tengku Shamil daripada bergelar anak derhaka. Mereka disatukan tanpa ada perasaan cinta malah lebih teruk lagi pada pandangan Tengku Shamil, Nurin Aira hanya perempuan murahan.

Nurin Aira terpaksa hidup dalam keperitan namun dia pasrah dengan keputusan yang telah dipilihnya. Segala kata hinaan lelaki itu diterimanya dengan hati yang terbuka. Bagi Tengku Shamil, Nurin Aira patut terima pembalasan akibat perbuatan jahat adik kandungnya sendiri. Dendamnya makin membara, apapun yang terjadi Nurin Aira perlu menderita. Itu tekadnya.

Sehebat mana dendam yang ada, Tengku Shamil akhirnya tewas pada kuasa cinta. Kesabaran Nurin Aira telah melembutkan hatinya. Saat hati mula bahagia, dirinya difitnah akibat sikapnya yang terlalu percayakan orang luar. Rumah tangga mereka bergoncang.

Mampukah Nurin Aira menerima Tengku Shamil setelah hatinya disakiti buat kali kedua? Adakah dendam dalam hati Tengku Shamil akan hadir semula?


Gambar Pelakon




This post have 0 coment rios


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post