-->
;

Sunday 16 June 2019

author photo


Saksikan drama terbaru Setelah Terlafaznya Akad yang diadaptasikan dari novel yang bakal bersiaran di slot Megadrama Astro Ria. Dibintangi pelakon cantik  Uqasha Senrose , Kamal Adli, Zeera Azizi, Nadya Syahera, Erwin Dawson, Zulhemy, Sharifah Shahora dan ramai lagi. Drama  arahan Michael Ang ini bakal menemui penonton pada 17 Jun 2019.

Novel Setelah Terlafaznya Akad karya Anna Milia

Details
Tajuk : Setelah Terlafaznya Akad
Episod Penuh: 28 Episod
Tarikh Tayangan : 17 Jun 2019
Waktu Siaran : Isnin-Khamis, 10.00 Malam
Saluran : MegaDrama (Astro Ria) 104 & Ria HD 123
Pengarah : Michael Ang
Terbitan : Juita Viden Production Sdn Bhd

Watak Pelakon
Kamal Adli sebagai Hanan
Uqasha Senrose sebagai Nawal
Zeera Azizi sebagai Hani
Zulhemy sebagai Hairuddin
Nadya Syahera sebagai Milah
Norlia Ghani sebagai Tokma
Hamidah Wahab sebagai Wan Masitah

Sinopsis Setelah Terlafaznya Akad

Drama ini mengisahkan tentang Hanan yang baru sahaja bercerai dengan Hani. Hanan dipaksa berkahwin dengan Nawal atas ugutan ibunya, Wan Masitah. Bagi Nawal pula, dia terpaksa menerima pinangan keluarga Hanan demi menutup satu rahsia besar. Walaupun telah berkahwin lain, hati Hanan tetap untuk bekas isterinya, Hani dan anaknya, Qalish. Namun, perhubungan mereka ditentang oleh ibu Hanan dan ibu bapa Hani. Kerana terlalu ingin mendapatkan Hani, dalam tak sedar Nawal banyak berkorban dan terluka.

Setelah melafazkan talak terhadap Nawal, barulah Hanan sedar yang dirinya amat memerlukan Nawal. Nawal yang tidak sempurna tetapi mampu melengkapkan hidup Hanan. Pada masa ini, Hanan bukan sahaja menceraikan Nawal tetapi dia turut melepaskan Hani dari cintanya. Dan bermulalah ekspedisi Hanan untuk meraih cinta dan kepercayaan Nawal terhadapnya.

Bagaimana Nawal pernah disakiti dengan tindak tanduk Hanan, begitulah perasaan Hanan apabila Nawal mula bersikap dingin dan degil. Bermacam cara Hanan memujuk Nawal sementelah bila Hanan mendapati Nawal mengandungkan zuriat mereka. Hanan menatang Nawal dan zuriat mereka seperti minyak yang penuh.

Gambar Pelakon


Sumber: Sinarharian

This post have 0 coment rios


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post