-->
;

Thursday 23 January 2020

author photo

Saksikan drama terbaru yang diadaptasikan daripada Novel Jujurlah Nikahi Aku karya Umie Nadzimah yang yang bakal bersiaran di slot DramaVaganza Astro Ria. Drama  arahan Rashid Sibir ini membarisi ramai pelakon hebat seperti Uyaina Arshad, Sean Lee, Amar Asyraf, Rita Nadira, Raja Azura dan ramai lagi. Bakal menemui penonton pada 27 Januari ini menggantikan Drama Pengantin Lelaki Untuk Cik Gadis

Novel Jujurlah Nikahi Aku karya Umie Nadzimah

Details
Tajuk : Jujurlah Nikahi Aku
Episod Penuh: 30 Episod
Tarikh Tayangan : 27 Januari 2020
Waktu Siaran : Isnin-Jumaat, 7:00 malam
Saluran : Astro Ria 104 & Ria HD 123
Pengarah : Rashid Sibir
Terbitan : Arie Zaharie Production

Watak Pelakon
Uyaina Arshad sebagai Nurin Asyfa
Sean Lee sebagai Alan Wong
Amar Asyraf sebagai Ahmad Zanif
Rita Nadira sebagai Zurin
Raja Azura sebagai Puan Azah
Hun Haqeen sebagai Arjuna

Sinopsis Jujurlah Nikahi Aku

Mengisahkan Nurin Asyfa, seorang gadis biasa yang kelihatan normal namun sebenarnya memgalami kecacatan di tangannya. Hidupnya sangat merana kerana dia dibenci ibunya sendiri kerana kecacatan yang dimiliki. Ramai yang menyisihkan kewujudannya termasuklah keluarganya sendiri. Mujurlah ada Alan yang baik dengannya. Alan sudah lama menyimpan perasan terhadap Nurin sejak sekolah lagi. Namun perbezaan agama menyebabkan mereka tidak akan bersatu.

Bos ditempat kerja Nurin, Ahmad Zanif juga menyukai Nurin. Zanif yang menganggap dirinya lelaki sempurna dan meminati Nurin yang berbeza dari gadis yang selalu didampinginya. Namun hubungan mereka dihalang oleh Zurin, adik Nurin. Tetapi jodoh telah menetapkan Nurin berkahwin dengan Zanif. Namun rumahtangga mereka tidak kekal lama.

Muncul pula si Qayyum pemuda yang tidak dikenali yang ingin menikahinya dengan rela hati. 


Gambar Pelakon



This post have 0 coment rios


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post