Pasangan yang baru sahaja mendirikan umah tangga pada 13 Januari lalu, Mia Ahmad dan Izham Tarmizi selalu sahaja kelihatan gambar kemesraan mereka di laman Instagram. Kerap sekali Mia berkongsikan kisah kehidupannya selepas berkahwin kepada peminat.
Ramai peminat setia Mia seronok melihat artis kegemarannya itu yang semakin bahagia di samping suami.Tidak dinafikan, memang agak comel sebenarnya melihat Mia begitu manja sekali dengan Izham.
Terbaru Mia Ahma ada mendedahkan cara yang dilakukan oleh pemain bola sepak JDT untuk memikat beliau sehingga dia boleh jatuh cinta dengan suaminya itu dan kemudiannya diijabkabulkan.
Mia memuat naik gambar Majlis meraikan hari jadinya yang mana segala persiapan itu diuruskan oleh suaminya Izham dengan bantuan rakan-rakan.
Katanya lagi persiapan itu dilakukan betul-betul dilakukan pada saat akhir namun segalanya berjalan dengan lancar. Perkara tersebut berlaku sebelum Mia dan Izham berkahwin dan masih mengenali hati budi masing-masing.
Amboi, terkenang saat mula berkenalan dengan Izham ya Mia. Hehe.. Kami doakan agar mahligai yang dibina Mia dan Izham akan kekal buat selamanya. Apa yang penting, jangan pernah berhenti mencintai antara satu sama lain.
This post have 0 coment rios
EmoticonEmoticon