-->
;

Wednesday 23 August 2017

author photo


Siapa di Malaysia ini yang tidak mengenalin pelakon yang cantik dan manis Fathia Latiff. Artis yang berdarah campuran Arab dan Melayu itu mewarisi kejelitaan ibunya, Badriyah Hassan. Fathia juga tinggi seperti ayahnya, Abdul Latiff Mohd Tahir, 54. Fathia sudah lama berada dalam industri hiburan tanah air iaitu selama 15 tahun. Atres tinggi lampai ini baru mula behijab sepenuhnya sejak April 2016 yang lalu. Tidak lama kemudian dia telah mengeluarkan tudung jenamanya sendiri iaitu Dara by Fathia Latiff. Fathia juga popular di laman Instagram yang mana pengikutnya kini telah mencecah 2.6 Juta orang.

Mencetus Kontroversi

Fathia Latiff tidak lari dari terlibat dengan kontroversi yang seiring dengan kehidupan sebagai selebriti popular. Fathia baru-baru ini mencetuskan kontroversi apabila memuat naik sekeping foto di IG miliknya yang menampakkan sebahagian rambut sewaktu di Sepanyol. Fathia yang baru sahaja berhiijab itu teruk dikecam netizen tempatan. Fathia membalas kritikan itu dengan mengucapkan Terima kasih atas semua nasihat dan berjanji akan cuba memperbaiki dirinya lagi.

Belum reda lagi isu itu, tindakkan Fathia memuatnaik gambarnya di IG dengan mengenakan uniform Tentera Darat (TD) menyebabkan ramai yang mengkritik terutamanya individu yang bergelar anggota tentera. Uniform yang ‘digayakan’ itu bukanlah sebarangan uniform sebaliknya berpangkat PW atau Pengawai Waren. Ekoran daripada itu beliau terus membuat permohonan maaf secara terbuka di Instagram dan mengakui tidak ‘sensitif’ mengenai etika pemakaian TD Malaysia serta telah buang gambar tersebut di instagram.

Terbaru Fahia terus mencipta kontroversi di laman sosial iaitu di Twitter gara-gara viralkan gambar pramugari yang enggan mengangkat begnya kerana tidak sihat. Tindakkanya itu mendapat reaksi negatif daripada orang ramai termasuklah beberapa kru kabin. Dia kemudiannya meminta maaf kepada pramugari berkenaan. Menerusi akhbar berbahasa Inggeris, The Star, Fathia memberitahu beliau meminta pramugari tersebut mengangkat beg berkenaan kerana ia mengandungi hadiah dan bunga yang diberikan oleh peminat ketika menjayakan sebuah acara di Johor Bahru.

Fathia latiff selalu terpalit dengan kontroversi melalui laman sosial seperti Instagram dan Twitter. Artis popular itu juga pernah mendapat tomahan daripada netizen akibat perbuatannya memuatnaik gambar menindik hidung. Diharapkan Fathia sabar dengan dugaan hidaup sbagai selebriti.

Dunia Seni Lakonan

Fathia mula muncul sebagai pelakon pada tahun 2009 apabila beliau memainkan peranan watak pembantu dalam siri drama Nur Kasih bersama-sama dengan pelakon utamanya, Tiz Zaqyah dan Remy Ishak, di mana beliau memegang watak sebagai Nabila.

Fathia kemudiannya mula dikenali apabila berlakon dalam Drama Adaptasi novel Stanza Cinta iaitu sebagai Amni Sorfina. Dia berlakon di samping pelakon popular Aaron Aziz yang cuba memikatnya dengan menyamar menjadi orang yang berilmu agama.


Pada 2014, beliau memegang watak utama dalam di Slot Akasia Drama Ariana Rose, drama yang diadaptasi daripada novel bertajuk The Wedding Breaker karya Evelyn Rose. Drama lakonan bersama Keit Foo ini membuatkan orang ramai mengenali Fathia dengan lebih lagi.

Fathia mula mendapat populariti yang tertinggi apabila dia membintangi Drama Adaptasi Novel Dia Isteri Luar Biasa. Lakonannya di Slot Akasia TV3 bersama pelakon Syukri Yahaya yang masih baru dalam dunia lakonan itu mendapat liputan luas rakyat Malaysia. Dia juga telah menghasilkan lagu OST drama tersebut bertajuk Tak Pernah yang mana dia berduet bersama Syukri Yahaya.

Hubungan Percintaan

Fathia pernah menjalin hubungan cinta dengan pelakon dan penyanyi lelaki popular, Aiman Hakim Ridza. Cinta lokasi itu terjalin apabila mereka memegang watak utama  dalam drama bersiri Diandra. Namun, perhubungan mereka berakhir pada Disember 2015. Selepas hampir setahun berpisah, pelakon Nur Fathia mengesahkan hubungannya dengan aktor Aiman Hakim Ridza, 27, kembali pulih sebagai rakan dan menjelaskan megikut arahan agama yang melarang memutuskan silaturrahim sesama manusia dalam jangka yang panjang.

Biodata Fathia Latiff

Nama Komersial: Nur Fathia / Fathia Latiff

Nama Penuh: Nur Fathia Bt. Abdul Latiff

Tarikh Lahir: 1 September 1987

Asal: Ayer Hitam, Pulau Pinang

Umur : 29 tahun (2016)

Bangsa: Melayu

Agama: Islam

Warganegara: Malaysia

Keluarga: Anak sulung daripada empat beradik

Kerjaya: Pelakon dan Model

Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari Universiti Teknologi Mara (UiTM)

Media Sosial:

Instagram: https://www.instagram.com/fatiyalatiff

Twitter: https://twitter.com/fatiyalatiff

Kerjaya Seni

Drama dan Telefilem: Diandra, Stanza Cinta, Hani, Joe & Faridah, Nur Kasih, Dunia Batinku, Di Bawah Ketiak Isteri dan Bila Musang Berjanggut, Ariana Rose (2014), Dia isteri Luar biasa (2015)

This post have 0 coment rios


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post