-->
;

Saturday 24 November 2018

author photo


Jangan lupa untuk menonton drama terbaru Jika Masih Ada Rindu yang bakal mengisi slot Samarinda di TV3. Menampilkan gandingan menarik Kamal Adli dan Siti Saleha. Drama arahan Feroz Kader ini akan menemui penonton pada 19 Disember 2018.


Details
Tajuk : Jika Masih Ada Rindu
Episod Penuh: 15 Episod
Tarikh Tayangan : 19 Disember 2018
Waktu Siaran : Isnin-Rabu, 10:00 malam
Saluran : Slot Samarinda TV3
Pengarah : Feroz Kader
Terbitan : FJ Pictures Sdn Bhd

WATAK PELAKON
Siti Saleha sebagai Wahida
Kamal Adli sebagai Hisham
Fazlina Ahmad Daud sebagai Datin Embun
Ellyas Abdullah sebagai Johan
Zarynn Min sebagai Laila

Sinopsis Jika Masih Ada Rindu

Drama ini mengisahkan tentang Hisham yang telah menceraikan isterinya Wahida namun kembali mengejar cinta bekas isterinya selepas kemalangan.  Pasangan ini pada mulanya sangat mencintai antara merka namun kesibukan Wahida dalam menguruskan anak mereka Qistina dan perlu menjaga ibunya yang sakit, telah menjarakkan hubungan mereka. Hisham sudah tawar hati kepada Wahida dan berlaku curang malah bertindak mengakhiri perkahwinan mereka dengan penceraian.

Tidak lama kemudian, Hisham ditimpa kemalangan yang menyebabkan dia hilang ingatan. Selepas tersedar daripada koma, Hisham hanya mengingati peristiwa tiga tahun sebelum kemalangan itu. Dalam ingatan Hisham hanya ada memori tentang kisah bahagia bersama Wahida. Ibu Hisham, Datin Embun meminta agar Wahida untuk berlakon di depan Hisham yang dia masih isteri Hisham dan tidak menyebut kisah perceraian mereka. Wahida tidak mahu menunaikan hasrat Datin Embun kerana dia sudah tidak menyimpan rasa cinta di hatinya, apa yang tinggal hanyalah kebencian terhadap Hisham.

Adakah Wahida betul-betul tidak mencintai Hisham. Mungkinkah hanya kebencian terbit di mulut sahaja, sedangkan hati mendambakan cinta.  Adakah Wahida akan kembali menerima Hisham? 

Gambar Pelakon




Poster Drama

This post have 0 coment rios


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post