-->
;

Saturday, 24 November 2018

author photo


Saksikan drama Aku Cinta Dia yang bakal ditayangkan di slot Lestary TV3. Dibintangi oleh Aiman Hakim, Hannah Delisha, Nadia Brian dan ramai lagi. Drama bersiri arahan Bahri Uma ini bakal bersiaran sebanyak 20 episod. Akan ditayangkan mulai Disember ini.

Details
Tajuk : Aku Cinta Dia
Episod Penuh: 20 Episod
Tarikh Tayangan : 26 Disember 2018
Waktu Siaran : Isnin-Rabu, 9:00 malam
Saluran : Slot Lestary TV3
Pengarah : Bahri Uma
Penulis Skrip: Sofia J Rhyland
Terbitan : Saphire Screen Sdn.Bhd

WATAK PELAKON
Aiman Hakim sebagai Affan
Hannah Delisha sebagai Laila
Ikmal Amry sebagai Akbar
Hafiz Bahari sebagai Ili
Catriona Brian Ross asebagai Puan Zaity
Fauzi Nawawi sebagai Dr Azhar

Sinopsis Aku Cinta Dia

Drama ini mengisahkan tentang Laila yang kecewa selepas majlis perkahwinannya batal selepas bakal suaminya Ikhwan tidak datang ke majlis tersebut. Laila cuba untuk meneruskan kehidupannya dan dia membawa diri ke luar negara seorang diri untuk mendapatkan ketenangan hati. Dia juga terpaksa menanggung malu namun sokongan daripada ibunya menguatkan hatinya untuk meneruskan kehidupannya..

Laila telah memilih Amsterdam sebagai destinasi untuk melupakan kisah pahitnya. Di sana dia tersalah membuat penempahan bilik. Setelah mendapatkan tempat tinggalnya, dia keluar bersiar-siar. Laila berkenalan dengan Sarina, seorang yang peramah dan popular di media sosial Instagram. Setelah mencerita apa yang berlaku, Sarina mempelawa Laila untuk menyewa bilik di rumah penginapannya.

Pertemuan Laila bersama Affan yang baru tiba dari Malaysia untuk melawat Sarina telah menemukan Laila dengan instacrushnya itu. Masing-masing tidak tahu sebab sebenar Laila di sana. Mereka bertiga semakin rapat. Laila memberitahu Affan bahawa kedatangannya ke Amsterdam kerana suka melihat posting Instagram yang dimuat naik Affan. Tanpa diduga, Affan menawarkan diri untuk membawa Laila ke tempat-tempat tersebut.

Affan yang selalu menemaninya membuatkan Laila hampir lupa kisah yang telah ditinggalkannya di Kuala Lumpur. Namun Laila dikejutkan dengan berita perkahwinan Ikhwan bersama rakan serumahnya sendiri iaitu Nel. Berita ini mengundang sedih dan Laila akhirnya menceritakan perkara itu kepada Affan.

Perasaan suka mula timbul. Affan memutuskan untuk melamar Laila dan ingin bernikah secepat mungkin. Laila terkejut dengan lamaran itu. Mereka berkahwin di Amsterdam. Pada masa yang sama, Sarina ingin mencari ayah kandung mereka di Malaysia tetapi tidak mendapat persetujuan dari Affan.

Laila pula runsing memikirkan penerimaan keluarganya. Dapatkah Sarina berjumpa dengan ayah kandungnya? Bagaimanakah reaksi Dr. Azhar dan Puan Zaity tentang perkahwinan anak mereka di Amsterdam?

Gambar Pelakon




Video Promo

This post have 0 coment rios


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post