-->
;

Saturday 24 November 2018

author photo

Nantikan drama Pujaan Hati Kanda adaptasi novel karya Aulia Iman. Menemukan sekali lagi gandingan Remy Ishak dan Mira Filzah. Drama bersiri terbitan Mache All Star United dibawah arahan Eoon Shuhaini. Akan menemui penonton di slot Akasia TV3 pada bulan Disember nanti.



                                                           
 Novel Pujaan Hati Kanda karya Aulia Iman

Details
Tajuk : Pujaan Hati Kanda
Episod Penuh:  28 Episod
Tarikh Tayangan : 20 Disember 2018
Waktu Siaran : Isnin-Jumaat, 7:00 malam
Saluran : Slot Akasia TV3
Pengarah : Eoon Shuhaini
Terbitan : Mache All Star United Sdn Bhd

WATAK PELAKON
Remy Ishak sebagai Megat Danish / Danny
Mira Filzah sebagai Tiara
Sarah Hildebrand sebagai Nadine
Syazwan Zulkifly sebagai Pali
Elisya Sandha sebagai Reena
Mustaqim Bahadon sebagai Kasyah

Sinopsis Pujaan Hati Kanda

Drama ini mengisahkan tentang Danny seorang yang suka bersosial dan digelar lelaki  mata keranjang. Tetapi itu semua adalah masa silam, dia kini sudah insaf dan mahu membina kehidupan baru. Sewaktu hari akad pernikahannya, dia hadapi dugaan yang paling besar dalam hidupnya apabila dia menerima hadiah iaitu bayi kecil yang diletakkan di ruang legar masjid bersama kad ucapan dan sehelai sijil kelahiran. Semua orang terkejut terutamanya calon isterinya, Nadine yang nekad untuk tidak meneruskan perkahwinan selagi misteri kehadiran bayi kecil itu tidak terungkai. Majlis pernikahan yang bakal berlangsung, akhirnya terhenti tanpa ijab dan kabul dan Danny perlu bertanggungjawab keatas bayi tersebut.

Danny terpaksa mencari pengasuh yang sudi menjaga si kecil itu dan pencariannya berakhir apabila dipertemukan dengan Tiara. Pelajar universiti yang mempunyai masalah kewangan. Danny tidak memberitahu perkara sebenar identiti bayi itu.

Semuanya berjalan lancar sehinggalah Tiara tamat pengajian semester akhir dan akan pulang ke kampung halaman. Hendak atau tidak, dia sudah tiada pilihan. Status palsu sebagai duda kematian isteri, terpaksa diakui demi meraih simpati keluarga kepada pengasuh ‘anak segeranya’ itu agar membenarkan Tiara terus mengasuh.

Sementara itu pula, dia sudah berjanji untuk meneruskan misi menjejak gadis misteri yang menyusahkan hidupnya itu dengan apa cara sekalipun sekali gus membongkar misteri yang membelenggu hidupnya.

Gambar Pelakon



This post have 0 coment rios


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post