-->
;

Saturday 20 July 2019

author photo


Saksikan drama terbaru Sweet Dreams yang diadaptasikan dari novel Sweet dreams karya Acik Lana yang bakal bersiaran di slot Megadrama Astro Ria. Dibintangi pelakon cantik Mira Filzah sebagai Putri bersama Ben Amir sebagai Qash Adam dan ramai lagi. Drama  arahan Michael Ang ini bakal menemui penonton pada tahun 2019.


Novel Sweet Dreams karya Acik Lana

Details
Tajuk : Sweet Dreams
Episod Penuh: 16 Episod + 2 Episod
Tarikh Tayangan : 5 Ogos 2019
Waktu Siaran : Isnin-Khamis, 10.00 Malam
Saluran : MegaDrama (Astro Ria) 104 & Ria HD 123
Pengarah : Michael Ang
Terbitan :

Watak Pelakon
Ben Amir sebagai Qash Adam
Mira Filzah sebagai Putri
Sean Lee sebagai Karl
Nina Juren sebagai Puan Laila
Yuna Rahim sebagai Cempaka
Nasz Sally sebagai Farah
PU Azman sebagai Cik Man
Didi Astillah sebagai Melissa

Biodata Ben Amir - CLICK HERE
Biodata Sean Lee - CLICK HERE





Sinopsis Novel Sweet Dreams

Drama ini mengisahkan tentang Putri yang selalu mengalami nasib malang. Habis semua tiang dan dinding dia langgar, malah sudah banyak kali dia jatuh tertonggeng ke dalam longkang. Oleh kerana itu, dia mendapat pelbagai gelaran seperti Ratu Kelam Kabut, Minah Clumsy dan banyak lagi. Bernasib malang atau dia memang punya masalah koordinasi fizikal tak balance?

Namun, nasib Putri tidak malang lagi apabila dia bertemu dengan seorang lelaki, Qash Adam yang selalu muncul bagi menyelamatkannya apabila ditimpa perkara yang tidak baik. Tak sempat mencium tanah, tubuh dia sudah disambut. Tak sempat tergolek, tangannya sudah dipaut. Pelik, lelaki itu mutant atau superhero? Datangnya sering tanpa isyarat. Sehinggakan Putri sendiri pun pelik dengan keadaan tersebut. 

Qash Adam merupakan seorang jejaka tampan yang melalui kesengsaraan hidup di zaman silam membuatkan dia kemurungan dan hidup dalam pengasingan. Dia merasa bebanan hidup akibat mendapat sesuatu ‘Anugerah’. Dihina, difitnah, dicaci kerana punya ‘kuasa magis’ membuatkan dia menolak sebarang bentuk hubungan dengan manusia. Dia tertekan, ini kelebihan atau satu sumpahan? Mimpi yang datang bukan biasa-biasa. Datangnya dengan segunung tanggungjawab yang terlalu besar.

Namun kemunculan seraut wajah dalam mimpinya meletakkan Qash dalam keadaan keliru. Siapa gadis itu? Apa hubungkait antara mereka berdua? Dan dari satu pertolongan ke satu pertolongan mula menjelaskan maksud yang tersirat disebalik mimpi. Pentingkah kehadiran perempuan bernama Putri dalam hidupnya nanti? Oleh kerana selalu memberi pertolongan kepada Putri, Qash Adam mendedahkan bahawa dia adalah berbeza daripada lelaki normal lain.

Banyak peristiwa lucu, pertelingkahan dan salah faham berlaku apabila si malang bertemu dengan si adiwira. Rahsia demi rahsia terbongkar. Namun sebanyak mana pun perbezaan antara Putri dan Qash, ada perasaan halus mengikat hati mereka berdua. Berkahwin kemudian bercinta. Tapi di pengakhirannya… bagaimana?

Lihat Juga Senarai Lagu OST Drama Sweet Dreams


Gambar Pelakon







Poster Drama Sweet Dreams





This post have 0 coment rios


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post