-->
;

Wednesday 29 January 2020

author photo


Saksikan drama terbaru yang diadaptasikan daripada Novel Chandelier karya Acik Lana yang yang bakal bersiaran di slot Megadrama Astro Ria. Drama arahan Michael Ang ini bakal menemui penonton pada Februari ini menggantikan Drama Tolong Sempurnakan Cerita Mami.

Novel Chandelier karya Acik Lana

Details
Tajuk : Chandelier
Episod Penuh: 24 Episod
Tarikh Tayangan : 10 Februari 2020
Waktu Siaran : Isnin-Khamis, 10.00 Malam
Saluran : MegaDrama (Astro Ria) 104 & Ria HD 123
Pengarah : Michael Ang
Penulis Skrip: Rehal Nuharis, Bikash Nur Idris, Dayang Kartinah Said
Terbitan : Juita Viden Sdn Bhd

Watak Pelakon
Ben Amir sebagai Kaef
Mimi Lana sebagai Keisha
Norman Hakim sebagai Dato Emran
Shasha Abedul sebagai Syuhada
Nynaa Harizal sebagai Khalida
Nadya Syahera sebagai Ajwa
Aisar Khaled sebagai Iskandar

Sinopsis Tolong Chandelier

Drama ini mengisahkan tentang Keisha Edlina yang menggunakan kelebihannya iaitu wajah pan-Asia dan tubuh yang sempurna untuk mendapatkan wang dengan menggoda lelaki kaya sehingga digelar gold digger. Mangsanya sudah semestinya lelaki kaya yang mempunyai pangkat Datuk dan Tan Sri. Selepas Keisha dapat kesemua harta mereka, dia akan lari dan mencari mangsa lain yang jauh lebih kaya pula.

Keisha telah bersama Datuk Eusoff selama dua tahun dan hubungan mereka berakhir dan dia terus mengenali Tan Sri Emran. Belum sempat mencapai angan-angan, satu insiden ngeri telah menimpa Keisha Edlina. Mukanya yang cantik itu telah menjadi buruk akibat kecacatan selepas diserang. Dia berputus asa untuk meneruskan hidup, namun kemunculan Kaef mengubah haluannya.

Keisha telah jatuh cinta dengan keikhlasan lelaki itu walaupun Kaef tidak punya banyak harta atau kemewahan. Sedang indah menikmati hidup penuh bahagia di sisi Kaef, ujian dan dugaan hadir membuatkan Keisha Edlina terpaksa berkorban.

Kaef disaman dalam perniagaanya dan Keisha meminta pertolongan dari Tan Sri Emran. Syarat memaksa dirinya meninggalkan Kaef dan berkahwin dengan Tan Sri Emran.


Gambar Pelakon



This post have 0 coment rios


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post