-->
;

Wednesday 29 January 2020

author photo

Nantikan drama terbaru akan datang di TV3 bertajuk Maaf Tak Indah. Drama  ini dibintangi oleh pelakon seperti Azlee Khairi, Azar Azmi, Ruhainies, Fizo Omar dan ramai lagi. Drama  ini merupakan arahan Zamri Zakaria dan akan bersiaran sebanyak 18 episod di slot Samarinda TV3.

Details
Tajuk : Maaf Tak Indah
Episod Penuh: 18 Episod
Tarikh Tayangan : Februari 2020
Waktu Siaran : Isnin-Khamis, 10:00 malam
Saluran : Slot Samarinda TV3
Pengarah : Zamri Zakaria
Terbitan : Zamriez Golden Pictures Sdn Bhd

WATAK PELAKON
Azlee Khairi sebagai Reimi
Azar Azmi sebagai Syazan
Ruhainies sebagai zila
Fizo Omar sebagai Jai
Zuhayr sebagai Adam
Cassia Iman sebagai Tia

Sinopsis Maaf Tak Indah

Drama ini mengisahkan tentang Syazan yang baru sahaja melahirkan anak dan diberi nama Adam. Syazan sebenarnya tidak ingin anak tersebut lahir ke dunia dan dia cuba gugurkan. Berbeza pula dengan suaminya Raimie yang sangat mahukan anak itu. Syazan telah sedar bahawa perbuatannya yang cuba menggugurkan kandungan tersebut menyebabkan anaknya lahir dalam keadaan cacat. Dia berasa sangat bersalah dan menyesal atas perbuatannya itu. Namun semuanya telah terlambat dia diceraikan oleh suaminya Raimie yang tidak dapat menerima perbuatan itu, malah Syazan dibuang keluarga dan berpisah dari anaknya. Hati Syazan tambah terluka apabila Raimie menjalin hubungan dengan Zila.

Selepas 5 tahun, mereka dipertemukan semula. Penderitaan Syazan tidak berpenghujung. Dia sentiasa rindukan Adam namun tidak diberikan peluang oleh Raimie untuk berjumpa. Syazan pula menyembunyikan kehadiran anaknya Tia dari pengetahuan Raimie. Namun selepas diselidiki, Raimie mengetahui bahawa Tia adalah anak kedua mereka.

Raimie mengambil keputusan untuk menikahi semula Syazan. Pernikahan semula mereka menimbulkan kemarahan Zila yang tak henti-henti mengharapkan Raimie mengahwininya. Raimie tidak mahu berkahwin dengan Zila setelah mengetahui perbuatan jahat Zila terhadap arwah anaknya Adam.

Gambar Pelakon





This post have 0 coment rios


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post